Pages

Monday, November 12, 2012

RESEPI : Pavlova

assalamualaikum

hyeee, hari ni nak kongsi resepi pavlova dengan u olls. i bet dah ramai yang dah tau ape tu pavlova kan. haa nak buat pavlova ni senang je. tapi agak leceh sikit kot? sikit je  x banyak.

but before that, sebelum ni aku ade jugak share resepi pavlova kat sini. first attempt buat tapi baru aku taw yang dulu punye pavlova x menjadi. boleh pulak baru tersedar kan? heuheu maluuu >.<  this second attempt alhamdulillah menjadi. yeayyy! sedap pulak tu. puji diri sendiri boleh?

so here's the recipe ~~

4 biji putih telur
3/4 cawan gula - boleh adjust kalau x nak manis sangat
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh cuka
1 sudu tepung jagung
whip cream/ cream cheese
buah buahan ie; kiwi, strawberry, pisang etc


  1. first thing first, separatekan putih telur dari kuning telur. amaran : jangan biar setitik pon kuning telor bercampur dengan putih telur. nanti x jadi. kerana kuning telur setitik, rosak satu pavlova. gituu.
  2. then, pukul putih telur sampai kembang. kembang maksudnya dia jadi soft form. kalau nak uji, terbalikkan telur tu, kalau x jatuh, maknanya dah jadi!
  3. then, masukkan gula sikit demi sikit sambil pukul adunan tu. tips ; gula boleh dikurangkan sebab pavlova ni manis. aku letak gula dalam 3-4 sudu je sebab aku x suke manis takut kene kencing manis.
  4. pukul lagi sampai sebati.
  5. lepas tu, masukkan esen vanila, cuka and tepung jagung. tips; tepung jagung tu jangan pi larutkan dalam air panas pulak. kita bukan nak buat kuah ye kawan-kawan. aku penah buat macam tu, lepas tu bila letak dalam dulang die jadi watery sangat.
  6. and then, bila dah siap pukul and dah sebati. letak dalam dulang. tips; sebaiknya guna baking paper supaya senang nak angkat letak dalam pinggan. nak sapu butter pon boleh, tapi kene banyak laa. karang susah nak pindahkan then pecah pulak pavlova tu jangan salahkan aku. 
  7. lupa nak mention, sebelum nak buat batter pavlova ni, panaskan dulu oven dalam 180 degree celcius. biar oven panas sementara korang buat adunan.
  8. then bila nak masukkan pavlova dalam oven, kurangkan suhu ke 120-110 degree celcius. tips ; pasang api bawah je supaya x hangus kat atas pavlova.
  9. bake selama 1 hour 15 minutes atau ikut kesesuaian oven memasing.
  10. bila dah siap, biar pavlova untuk sejuk dalam oven selama sejam dua. 
  11. sementara nak tunggu sejuk, pukul whip cream or cream cheese sampai kembang.
  12. letak whip cream/cream cheese atas pavlova and susun buah-buahan yang korang suke. sebaiknya buah-buah yang masam la untuk stabilkan balik rasa manis pavlova tu. 
  13. dah siap ape lagi? makan laaaaa. om nom nom


nak buat pavlova ni x susah and x senang, yang penting kene banyak practise. kalau sekali buat x jadi tu normal la kan. jangan la cepat putus asa. aku kali kedua buat baru lah menjadi sikit. sikit je laaa. x menjadi sangat sebab the whole pavlova jadi lembut. sebab api kuat sangat, tu sebab kena kurangkan suhu masa masukkan pavlova dalam oven. patotnya crunchy kat luar lembut kat dalam. tapi yang penting rasa dia omnomnom sedap oke. hekhek.

pada sapa yang xtau rasa pavlova ni, rasa die sebijik macam marshmallow. haa sape yang ragu-ragu nak beli marshmallow kat kedai takot ade lemak babi. try la buat pavlova ni. kompem selamat. bahan-bahan pon memang x payah beli. semua bahan dah ade kat dapur dah. except for whip cream and fruits laa. tu pun kat kedai runcit pon ade. xperlu nak pegi giant tesco mydin blablabla.



ni contoh meringue yang menjadi ye. 
pronunciation meringue= me-re'ng bukan mereng okee. -_____-







my second attempt pavlova :D



om nom nomm. 


good luck people! 



Saturday, September 15, 2012

Fakta penting pasal kucing

assalamualaikum.

hye, aku nak kongsi fakta menarik pasal kucing ni. ramai kawan aku kata x boleh sembahyang kalu ada bulu kucing melekat kat baju. & kalau kucing duduk atas sejadah pon kira batal la. kira macam kucing ni najis laa.

tiba-tiba tadi terjumpa artikel pasal kucing dekat fb yang mengatakan kucing ni bukan najis! jom baca ^^




Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….






Sunday, August 26, 2012

24th August

assalamualaikum!

selamat hari raya everyone! yaa i know it's late already to wish. tapi tapiii x kira, nak wish jugak :P

fyi, im 21 years old already on the past 24th August! ohsem, no? aku rase biase-biase jee. bak kate orang bajet muda ; age is just a number. hehh. x rasa ke orang cakap macam tu sebab nak sedapkan hati je? kennn? ngeee. tapiii boleh x nak jadi forever 21?? dalam wonderland boleh lahh :P

birthday kali ni x berapa nak best sebab kena demam panehh. kena demam mase 23hb hari khamis, hari aku balik Ipoh dari Besut. & then lalu pulak highway timur-barat yang bersimpang siur macam ulaq kene palu. sape yang penah lalu situ tau la macam mane azabnye nak menahan kejap ke kiri kejap ke kanan. ayah aku pulak style bawak kete xnak kalah. style macam nak race kt F1. pantang dicabar oleh kete-kete yang stylenya nak race jugak kat atas gunung tu. makanya berlakulah race ala-ala F1 kat situ.

langsung x kesian kat aku yang demam & terbaring lesu kat seat paling belakang *nasib baik boleh baring!!* akibatnya sakit kepala & then buwekkk muntahh hijooo. disaster i tell u. mase tu rase nak je suruh mak aku bawak kete 40km sejam. T________T paneh badan usah cakap la. aku rasa boleh capai 40 degree celcius!

esoknya haa sambut lah befday kat klinik heh heh. nasib badan. tapi xpe, befday paling rare penah aku alami hihi :P 


dipaksa minum panadol soluble T__T
*aku paling benci panadol!


andddd ade orang janji nak beli casing ni untuk hadiah befdayyy ngeee



tapiiii sume kedai dah out of stock! grrrrr gewammm tawww. aku dah lar giler stitch. xpe xpe, ai akan menunggu hari yu nak kasi benda ni eh hehehe. janji mesti ditepati! hambik kan dah keluar slogan merdeka taun ni o.O

ohh and cerita raye aku akan update kendian. k thanks for reading! ;D



Tuesday, July 31, 2012

Being a teacher.

assalamualaikum.

wah lamenye x update belog ni. k k, setiap kali update pon mesti tulis benda yang sama ; lame x update, blog bersawang bla bla bla. so kita terus kepada main point entry ni ye.

being a teacher.

mesti ramai anggap jadi cikgu ni koje senang. balik awal, boleh jaga anak. cuti banyak, boleh p vacation sana sini, gaji pon not bad kan. hakikatnya, ramai yang xtau yang proses nak jadi cikgu ni teramatlah payah. xla sesusah nak jadi engineer and doctor tapi susah la jugak.

cuba korang fikir, ingat senang ke nak ajar anak orang jadi pandai menulis, membaca and mengira. bunyinya macam senang, tapi time nak apply tu masyaallah, not as easy as it sound. banyak sangat benda nak kene belajar sebelum nak buat aktiviti dalam kelas, dengan segala mak nenek teori yang kene hafal, learning approaches, KBSR and terbaru KSSR.

mesti korang xtau amenda lah KSSR tu. well, it's a new form of KBSR with new sets of approaches. kalau dulu kite sekolah rendah kite pakai KBSR kan. now darjah 1 and 2 dah pakai KSSR. and cara mengajar dalam KBSR and KSSR sangat lain. memang 2 benda yang berbeza la. for me, KSSR is more interesting sebab ade banyak songs and activities dalam syllabus die. for english la. subjek lain aku xtau.

so, aku agak bengang la sape2 yang pandang remeh kat budak-budak maktab ni. katanya maktab ni senang nak masuk la, keje paling senang la, makan gaji buta la blablabla.

contoh perbualan ;

si polan A : eh kau belajar mane sekarang? ambik kos ape?
si polan B : aku belajar kat maktab ambik TESL.
si polan A : maktab je?? oh xla susah cam aku yang ambik engineering blablabla.
si polan B : @#$%^&*


kenapa perlu cakap MAKTAB JE?? what do u mean by that? aku x faham kenapa ramai orang nak pandang rendah kat cikgu-cikgu pelatih ni. kitorang jugak yang akan ajar anak-anak korang supaya jadi manusia berguna. so, ape sebab nak pandang remeh? remember without teachers, u cannot be anything because no one's going to teach u. 

i think they should be in our shoes so that they could taste the gist of being a teacher. barulah dorang boleh tutup mulut and x cakap ikut sedap mulut je. 

tambah-tambah dengan perangai budak-budak zaman sekarang yang terlalu berani. sampai cikgu-cikgu pon takut nak ambik tindakan. takut bila angkat tangan sikit, mulalah parents cakap "see u in court!" kalau macam tu, baik x payah hantar anak pg sekolah kalau xnak anak dorang kene ambik tindakan. buat home-schooling je senang kan. 






sume nak tuding jari kat cikgu. zaman sekarang ni sume salah cikgu.



parents zaman sekarang ni memang terlalu manjakan anak. tu sebab anak-anak sume pijak kepala and berani nak lawan cikgu. 


ni cabaran bila nak jadi cikgu. let me tell u guys this quote,

“You never really understand a person until you consider things from his point of view... Until you climb inside of his skin and walk around in it.”  

(to kill a mockingbird)


pada mereka yang ingat nak jadi cikgu ni senang, try la duduk kat tempat kitorang and rasa ape yang kitorang rasa. sebelum nak jadi cikgu, kene belajar bertungkus lumus supaya nanti bila dah grad, dapat jadi cikgu favourite sume students. kene belajar how to make fun activities in class so that students will not get bored. kene apply theories semasa mengajar ie behaviourism, contructivism etc.

selepas jadi cikgu, kene berhadapan dengan guru besar, cikgu-cikgu yang dah lama berkhidmat and paling gerun kene berhadapan dengan students yang perangainya macam-macam.

seriously aku cakap, nak berhadapan dengan students la benda paling takot bila nak praktikum nanti. sebab kita x boleh expect ape yang akan jadi dalam kelas. kau dah buat lesson plan baikkk punye, memang A++ lah lesson plan kau. tapi, tiba-tiba x menjadi dek kerana perangai budak-budak yang x dijangka.

so, we teachers have to physically and mentally ready for class. & have to get ready for all the possibilities that might occur too. macam ade budak berak dalam seluar ke, budak-budak bergaduh, budak x pay attention mase kelas. fuhh! & cikgu jugak kene banyak-banyak la bersabar masa layan kerenah students. dapat yang panas baran habis laa. 



harapnya aku boleh la ajar students aku nanti jadi macam ni. baru lah seronok mengajar. 


ni bukan lah luahan hati . tapi just nak bagitau kat masyarakat di luar sana supaya jangan la pandang remeh cikgu-cikgu ni. ingatlah selain parents, cikgu la yang mengajar kita jadi pandai apa sume. kan? and jangan sebab satu cikgu yang buat masalah, sume dapat tempias. biasalah orang kita, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.