Pages

Monday, April 18, 2011

Happy Birthday Ayah!

happy befday to u
happy befday to u
happy befday to ayahhhhhhh
happy befday to u~
.....happy befday to u.....
.....happy befday to u.....
.....happy befday to u.....

oke enough! -.-'


yeah, this is my dad. i know i know, too skinny. hoho :P

ala, aku pon skinny ape. so oke la tuh, like daughter like father. erkk? actually, ayah aku ni mase muda-muda hensem gila tu yang mak aku terpikat kann. badan tough oke dulu. but now, since ade diabetes dah makin kurus. thank god bukan jenis diabetes yang kene bedah-bedah kejadah tuh. diabetes dia x teruk & thanks to the supplement he took. makan la DXN! ergh, sempat lagi promote.

for ayah: happy 50th befday ayah. i love u soo much. i know im not a good daughter for u because i always ask for extra money. huahuahua! i promise that i'll buy the book u requested ok? u've been a very responsible dad. u had worked hard for our family. u involve in business just to see mom, my siblings & i cukup makan & pakai. & until u're afford to buy the toyota estima just to make sure that my siblings and i are not fighting for seats when we all balik kampung for raya. :P yeah, we are very naughty. eventho we have like the 'biggest' car, we're still fighting for seats & i dont know why -.- thanks to the youngest sister, u're so spoiled la, like seriously T__T



in fact, he's a very great teacher. can believe me? read this.



woi, apesal sume nk ngaku bapak kome ni. bapak aku la wei. pffttt T__T

how come students die sume nak mengaku yang ayah aku ni bapak dorang? ape hebat sangat ke influence ayah ni? heee, yup, he's hebattt! he's very good in teaching & he have so many teaching methods ok. & surprisingly, he never ever uses the laptop or the LCD to teach. nanti k.long nak sedut sume teaching methods tu ye ayah!



oh and i think im kinda resemble my dad a lot more than my mom. as u can see, im wearing specs, he also wears specs. im fair, he's dark (?) haha! we both have 'sepet' eyes. dont know what's the word in English, anyone? his ears are capang, mine are not! both of us are skinny. he loves to read, me too. and in fact, he was once involved in dancing! can u believe that? now i know where i got my dancing skills from :D & im proud to say that im going to be an English teacher just like him. he's my sifu, my mentor, my guru & most importantly, he's my awesome dad. 

i love u ayah~


Monday, April 11, 2011

Tips untuk Eyeliner Comot.

oke sekarang aku nak kongsi dengan korang sume cara-cara aku overcome masalah eyeliner comot. eyeliner kat atas mate aku selalu comot especially bile pakai jenis pensel or gel. one of the reasons is because of my oily face. yea, i have oily face which i dont like at all. bile muka oily, automatik mate pon oily dan akan menjejaskan eyeliner yang aku pakai. 

aku notice kawan-kawan aku pon ade masalah ni tapi i guess bukan sebab muka berminyak je. tapi sebab eyeliner tu sendiri yang cepat smudge. alah, waterproof eyeliner pon smudge jugak sikit. jangan tertipu dengan kata-kata manis iklan. hoh.

bile dah 2-3-4 jam pakai tuh, die akan jadi macam ni:

*excuse my bad doodling. aku x reti nk mendoodle, tangan keras.



satu line akan terbentuk atas mate & menjadikan mate aku sangat comot.


& yes, i have the solution for this problem! yeay! which i'd discover it after i bought the silkygirl liquid eyeliner.  oke, all u need are 2 types of eyeliner- gel/pencil eyeliner and a liquid eyeliner.die bukan je boleh overcome masalah eyeliner comot, tapi boleh jugak menambahkan kepekatan eyeliner & sekaligus jadikan mate korang nampak lagi dramatik dan beso. ceh, macam iklan tv pulek :P

i use silkygirl eyeliners.


silkygirl liquid eyeliner


silkygirl gel eyeliner





first thing first, draw your eyeliner macam bese with the gel/pencil eyeliner. aku selalu lukis eyeliner aku macam pic kat atas ni. ingat, gune gel/pensel eyeliner dulu.




next, take the liquid eyeliner & draw on top of the gel/pencil eyeliner.
just tindihkan je ok. warna kelabu tu represents the liquid eyeliner, nak bagi korang paham ok & bukannye sebab eyeliner tu kaler kelabu :P



& we're finish! jadi la eyeliner yang super pekat & gerenti tahan sampai 5 jam. ni betol ni, x tipu. aku da bereksperimen dah dengan teknik ni.



credits to Fathin Zulkifli.

nampak x betapa cantiknya effect eyeliner tu bile guna teknik ni. ditambah pula dengan lens yang berwarna-warni, hekhekk.
actually, gambar ni yang bagi aku sumber inspirasi untuk gune teknik ni. hehh~


the key to get the perfect & bold eyeliner is to combine two types of eyeliner. got it? if u all pakai 1 type je, it cannot last long. when i wear the liquid eyeliner for too long, it kinda shattered ya know. eyeliner tuh jadi pecah-pecah which is soo huduh. kalu pakai gel/pensel saje die jadi comot. so i decided to combine the two & it works! yeay!

so, good luck!


Sunday, April 03, 2011

Macam ni ke nak jadi CIKGU?

like seriously, aku sedih sangat bace berita ni T__T




KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.


Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.



“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.



Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.


Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.


Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.


Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.



Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.



Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.



“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.



“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.



Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.



“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.



Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.


credits to Metro



macam ni ke nak jadi cikgu? teachers are supposedly can control their emotions well. not just smacking that poor boy without any conscience! or he didn't have any sense of conscience? common la, die x boleh pikir ke sebelum belasah budak tuh yang budak tuh still BUDAK? 7 tahun kot. darjah 1, sebaye dengan adik kecik haku! erghh, seriously bengang. 

tapi aku percaye pade ajal. kalau dah ajal budak tuh macam tuh, kite  x bole buat ape la kan. & to people out there, jangan sebab sorang cikgu yang berperangai macam ni, korang nak salahkan sume cikgu pulak ea. no! don't judge teachers sesuke hati kaw. & i belive this person here dont even deserve to be a teacher.


Al_fatihah...