Pages

Thursday, November 29, 2012

Randomness





assalamualaikum.

basically, i have lots of things to blog about. but am just donno where to start. bila dah kurang active berblogging ni rasa macam hadoiii nya punnn malasnya nak menaip balik. tapi at the same time, rasa NAKKKK blogging. pfftt.

cadang nak keje cuti tapi alahai xda sape nak hire aku sobsob. yela, aku cuti sebulan setengah je. x lama. kebanyakan tempat macam butik baju nak pekerja yang boleh keje lame. except promoter. hari tu dah apply dah nak keje promoter. tapi die nak chinese girls only. aku just cuba nasib je la. tengok-tengok habuk pon tarak. dasar racist. aku pon x nampak motif die nak chinese girls je. apa bezanya kalau hire melayu and indian bekerja? apa perbezaannya. adakah sebab melayu ni malas? kalau malas xda nye aku susah payah cari keje -_______-"

so sekarang ni jadi suri rumah sepenuh masa. jaga adik2. kemas rumah blabla. bosannnn! i wanna work! at least kalau keje dapat duit. next sem nak pakai banyak duit for practicum. oh talking about practicum, am sooo not ready ok. takot ok nak berdepan dengan budak yang perangainya macam2. fuhh! still ade beberapa bulan nak practice mengajar. u can do it!

anddd yesterday i baked some pizza! suddenly rasa macam nak buat piza, so pegi la ke tesco beli barang2 and then buat. and menjadi yeayy! anddd sume cakap sedapp. hikhik. boleh buat lagi.



my first attempt piza. 


aku buat 4 pan piza. banyak sebab buat doh terbanyak lak. tu pon ade lagi doh dalam peti ais. dah kembang, kalau biar je doh tu mesti rosak. so esok kene buat jugak!


die makan dengan gelojohnyaa. and suruh buat lagi. eeee x malu >.<


until then. xoxo



Sunday, November 25, 2012

Makeup Pengantin

assalamualaikum..

aku ditanggungjawabkan untuk mekap sepupu aku mase nikah and bersanding + bertandang sekali. at first aku macam oke je. sebab aku dah biasa main mekap mekap ni. tapi bila pikir-pikir balik, alahai, nervous pulok. yelah, takut x menepati citarasa. pengantin mesti lah nak nampak cantik masa hari bahagia dia betoi x? so takot lah kalau mekap x cantik uhuhu.

so what i did was i prepared a little bit before the ceremony. i bought a few brushes sebab brush yang aku ade x brapa elok sangat. i even bought a naturactor at only RM35. and it's original ok. score! and also some foundation sponge and lip gloss. and also watch a gazillion makeup videos on youtube! yelah, i have to know in depth about the correct techniques of applying makeup ya know. how to do smokey eyes, how to contour and stuffs like that. most of the time i watched natural makeup for brides videos because my cousin requested on natural makeup.







dalam proses ^^



so on the solemnization night, tiba-tiba rasa confident sebab my cousin memang letak sepenuh kepercayaan kat aku untuk cantikkan die. wahh gitu. Alhamdulillah senang sangat nak mekap die sebab kulit licin/flawless & pipi memang natural merah so x payah letak blusher tebal sangat.

and hasilnya... jeng jeng jengggg~~


before-after




natural bride's makeup.

so, amacam? ok x agak-agak? aku sendiri tengok macam ok je la. nak kate cantik sangat tu x la. masih banyak yang perlu diperbaiki. and esoknya makeup bersanding still guna makeup yang same sebab pengantin xnak mekap galak-galak sangat nanti laki die marah. hahaha. 

aku macam nak buat job mekap, tapi yela still banyak yang perlu aku perbaiki. banyak yang perlu aku practice. practice makes perfect kann! tapi ade ke orang yang hire aku ni? huhuu.




Monday, November 12, 2012

RESEPI : Pavlova

assalamualaikum

hyeee, hari ni nak kongsi resepi pavlova dengan u olls. i bet dah ramai yang dah tau ape tu pavlova kan. haa nak buat pavlova ni senang je. tapi agak leceh sikit kot? sikit je  x banyak.

but before that, sebelum ni aku ade jugak share resepi pavlova kat sini. first attempt buat tapi baru aku taw yang dulu punye pavlova x menjadi. boleh pulak baru tersedar kan? heuheu maluuu >.<  this second attempt alhamdulillah menjadi. yeayyy! sedap pulak tu. puji diri sendiri boleh?

so here's the recipe ~~

4 biji putih telur
3/4 cawan gula - boleh adjust kalau x nak manis sangat
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh cuka
1 sudu tepung jagung
whip cream/ cream cheese
buah buahan ie; kiwi, strawberry, pisang etc


  1. first thing first, separatekan putih telur dari kuning telur. amaran : jangan biar setitik pon kuning telor bercampur dengan putih telur. nanti x jadi. kerana kuning telur setitik, rosak satu pavlova. gituu.
  2. then, pukul putih telur sampai kembang. kembang maksudnya dia jadi soft form. kalau nak uji, terbalikkan telur tu, kalau x jatuh, maknanya dah jadi!
  3. then, masukkan gula sikit demi sikit sambil pukul adunan tu. tips ; gula boleh dikurangkan sebab pavlova ni manis. aku letak gula dalam 3-4 sudu je sebab aku x suke manis takut kene kencing manis.
  4. pukul lagi sampai sebati.
  5. lepas tu, masukkan esen vanila, cuka and tepung jagung. tips; tepung jagung tu jangan pi larutkan dalam air panas pulak. kita bukan nak buat kuah ye kawan-kawan. aku penah buat macam tu, lepas tu bila letak dalam dulang die jadi watery sangat.
  6. and then, bila dah siap pukul and dah sebati. letak dalam dulang. tips; sebaiknya guna baking paper supaya senang nak angkat letak dalam pinggan. nak sapu butter pon boleh, tapi kene banyak laa. karang susah nak pindahkan then pecah pulak pavlova tu jangan salahkan aku. 
  7. lupa nak mention, sebelum nak buat batter pavlova ni, panaskan dulu oven dalam 180 degree celcius. biar oven panas sementara korang buat adunan.
  8. then bila nak masukkan pavlova dalam oven, kurangkan suhu ke 120-110 degree celcius. tips ; pasang api bawah je supaya x hangus kat atas pavlova.
  9. bake selama 1 hour 15 minutes atau ikut kesesuaian oven memasing.
  10. bila dah siap, biar pavlova untuk sejuk dalam oven selama sejam dua. 
  11. sementara nak tunggu sejuk, pukul whip cream or cream cheese sampai kembang.
  12. letak whip cream/cream cheese atas pavlova and susun buah-buahan yang korang suke. sebaiknya buah-buah yang masam la untuk stabilkan balik rasa manis pavlova tu. 
  13. dah siap ape lagi? makan laaaaa. om nom nom


nak buat pavlova ni x susah and x senang, yang penting kene banyak practise. kalau sekali buat x jadi tu normal la kan. jangan la cepat putus asa. aku kali kedua buat baru lah menjadi sikit. sikit je laaa. x menjadi sangat sebab the whole pavlova jadi lembut. sebab api kuat sangat, tu sebab kena kurangkan suhu masa masukkan pavlova dalam oven. patotnya crunchy kat luar lembut kat dalam. tapi yang penting rasa dia omnomnom sedap oke. hekhek.

pada sapa yang xtau rasa pavlova ni, rasa die sebijik macam marshmallow. haa sape yang ragu-ragu nak beli marshmallow kat kedai takot ade lemak babi. try la buat pavlova ni. kompem selamat. bahan-bahan pon memang x payah beli. semua bahan dah ade kat dapur dah. except for whip cream and fruits laa. tu pun kat kedai runcit pon ade. xperlu nak pegi giant tesco mydin blablabla.



ni contoh meringue yang menjadi ye. 
pronunciation meringue= me-re'ng bukan mereng okee. -_____-







my second attempt pavlova :D



om nom nomm. 


good luck people!