Pages

Thursday, November 29, 2012

Randomness





assalamualaikum.

basically, i have lots of things to blog about. but am just donno where to start. bila dah kurang active berblogging ni rasa macam hadoiii nya punnn malasnya nak menaip balik. tapi at the same time, rasa NAKKKK blogging. pfftt.

cadang nak keje cuti tapi alahai xda sape nak hire aku sobsob. yela, aku cuti sebulan setengah je. x lama. kebanyakan tempat macam butik baju nak pekerja yang boleh keje lame. except promoter. hari tu dah apply dah nak keje promoter. tapi die nak chinese girls only. aku just cuba nasib je la. tengok-tengok habuk pon tarak. dasar racist. aku pon x nampak motif die nak chinese girls je. apa bezanya kalau hire melayu and indian bekerja? apa perbezaannya. adakah sebab melayu ni malas? kalau malas xda nye aku susah payah cari keje -_______-"

so sekarang ni jadi suri rumah sepenuh masa. jaga adik2. kemas rumah blabla. bosannnn! i wanna work! at least kalau keje dapat duit. next sem nak pakai banyak duit for practicum. oh talking about practicum, am sooo not ready ok. takot ok nak berdepan dengan budak yang perangainya macam2. fuhh! still ade beberapa bulan nak practice mengajar. u can do it!

anddd yesterday i baked some pizza! suddenly rasa macam nak buat piza, so pegi la ke tesco beli barang2 and then buat. and menjadi yeayy! anddd sume cakap sedapp. hikhik. boleh buat lagi.



my first attempt piza. 


aku buat 4 pan piza. banyak sebab buat doh terbanyak lak. tu pon ade lagi doh dalam peti ais. dah kembang, kalau biar je doh tu mesti rosak. so esok kene buat jugak!


die makan dengan gelojohnyaa. and suruh buat lagi. eeee x malu >.<


until then. xoxo



Sunday, November 25, 2012

Makeup Pengantin

assalamualaikum..

aku ditanggungjawabkan untuk mekap sepupu aku mase nikah and bersanding + bertandang sekali. at first aku macam oke je. sebab aku dah biasa main mekap mekap ni. tapi bila pikir-pikir balik, alahai, nervous pulok. yelah, takut x menepati citarasa. pengantin mesti lah nak nampak cantik masa hari bahagia dia betoi x? so takot lah kalau mekap x cantik uhuhu.

so what i did was i prepared a little bit before the ceremony. i bought a few brushes sebab brush yang aku ade x brapa elok sangat. i even bought a naturactor at only RM35. and it's original ok. score! and also some foundation sponge and lip gloss. and also watch a gazillion makeup videos on youtube! yelah, i have to know in depth about the correct techniques of applying makeup ya know. how to do smokey eyes, how to contour and stuffs like that. most of the time i watched natural makeup for brides videos because my cousin requested on natural makeup.







dalam proses ^^



so on the solemnization night, tiba-tiba rasa confident sebab my cousin memang letak sepenuh kepercayaan kat aku untuk cantikkan die. wahh gitu. Alhamdulillah senang sangat nak mekap die sebab kulit licin/flawless & pipi memang natural merah so x payah letak blusher tebal sangat.

and hasilnya... jeng jeng jengggg~~


before-after




natural bride's makeup.

so, amacam? ok x agak-agak? aku sendiri tengok macam ok je la. nak kate cantik sangat tu x la. masih banyak yang perlu diperbaiki. and esoknya makeup bersanding still guna makeup yang same sebab pengantin xnak mekap galak-galak sangat nanti laki die marah. hahaha. 

aku macam nak buat job mekap, tapi yela still banyak yang perlu aku perbaiki. banyak yang perlu aku practice. practice makes perfect kann! tapi ade ke orang yang hire aku ni? huhuu.




Monday, November 12, 2012

RESEPI : Pavlova

assalamualaikum

hyeee, hari ni nak kongsi resepi pavlova dengan u olls. i bet dah ramai yang dah tau ape tu pavlova kan. haa nak buat pavlova ni senang je. tapi agak leceh sikit kot? sikit je  x banyak.

but before that, sebelum ni aku ade jugak share resepi pavlova kat sini. first attempt buat tapi baru aku taw yang dulu punye pavlova x menjadi. boleh pulak baru tersedar kan? heuheu maluuu >.<  this second attempt alhamdulillah menjadi. yeayyy! sedap pulak tu. puji diri sendiri boleh?

so here's the recipe ~~

4 biji putih telur
3/4 cawan gula - boleh adjust kalau x nak manis sangat
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh cuka
1 sudu tepung jagung
whip cream/ cream cheese
buah buahan ie; kiwi, strawberry, pisang etc


  1. first thing first, separatekan putih telur dari kuning telur. amaran : jangan biar setitik pon kuning telor bercampur dengan putih telur. nanti x jadi. kerana kuning telur setitik, rosak satu pavlova. gituu.
  2. then, pukul putih telur sampai kembang. kembang maksudnya dia jadi soft form. kalau nak uji, terbalikkan telur tu, kalau x jatuh, maknanya dah jadi!
  3. then, masukkan gula sikit demi sikit sambil pukul adunan tu. tips ; gula boleh dikurangkan sebab pavlova ni manis. aku letak gula dalam 3-4 sudu je sebab aku x suke manis takut kene kencing manis.
  4. pukul lagi sampai sebati.
  5. lepas tu, masukkan esen vanila, cuka and tepung jagung. tips; tepung jagung tu jangan pi larutkan dalam air panas pulak. kita bukan nak buat kuah ye kawan-kawan. aku penah buat macam tu, lepas tu bila letak dalam dulang die jadi watery sangat.
  6. and then, bila dah siap pukul and dah sebati. letak dalam dulang. tips; sebaiknya guna baking paper supaya senang nak angkat letak dalam pinggan. nak sapu butter pon boleh, tapi kene banyak laa. karang susah nak pindahkan then pecah pulak pavlova tu jangan salahkan aku. 
  7. lupa nak mention, sebelum nak buat batter pavlova ni, panaskan dulu oven dalam 180 degree celcius. biar oven panas sementara korang buat adunan.
  8. then bila nak masukkan pavlova dalam oven, kurangkan suhu ke 120-110 degree celcius. tips ; pasang api bawah je supaya x hangus kat atas pavlova.
  9. bake selama 1 hour 15 minutes atau ikut kesesuaian oven memasing.
  10. bila dah siap, biar pavlova untuk sejuk dalam oven selama sejam dua. 
  11. sementara nak tunggu sejuk, pukul whip cream or cream cheese sampai kembang.
  12. letak whip cream/cream cheese atas pavlova and susun buah-buahan yang korang suke. sebaiknya buah-buah yang masam la untuk stabilkan balik rasa manis pavlova tu. 
  13. dah siap ape lagi? makan laaaaa. om nom nom


nak buat pavlova ni x susah and x senang, yang penting kene banyak practise. kalau sekali buat x jadi tu normal la kan. jangan la cepat putus asa. aku kali kedua buat baru lah menjadi sikit. sikit je laaa. x menjadi sangat sebab the whole pavlova jadi lembut. sebab api kuat sangat, tu sebab kena kurangkan suhu masa masukkan pavlova dalam oven. patotnya crunchy kat luar lembut kat dalam. tapi yang penting rasa dia omnomnom sedap oke. hekhek.

pada sapa yang xtau rasa pavlova ni, rasa die sebijik macam marshmallow. haa sape yang ragu-ragu nak beli marshmallow kat kedai takot ade lemak babi. try la buat pavlova ni. kompem selamat. bahan-bahan pon memang x payah beli. semua bahan dah ade kat dapur dah. except for whip cream and fruits laa. tu pun kat kedai runcit pon ade. xperlu nak pegi giant tesco mydin blablabla.



ni contoh meringue yang menjadi ye. 
pronunciation meringue= me-re'ng bukan mereng okee. -_____-







my second attempt pavlova :D



om nom nomm. 


good luck people! 



Saturday, September 15, 2012

Fakta penting pasal kucing

assalamualaikum.

hye, aku nak kongsi fakta menarik pasal kucing ni. ramai kawan aku kata x boleh sembahyang kalu ada bulu kucing melekat kat baju. & kalau kucing duduk atas sejadah pon kira batal la. kira macam kucing ni najis laa.

tiba-tiba tadi terjumpa artikel pasal kucing dekat fb yang mengatakan kucing ni bukan najis! jom baca ^^




Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….






Sunday, August 26, 2012

24th August

assalamualaikum!

selamat hari raya everyone! yaa i know it's late already to wish. tapi tapiii x kira, nak wish jugak :P

fyi, im 21 years old already on the past 24th August! ohsem, no? aku rase biase-biase jee. bak kate orang bajet muda ; age is just a number. hehh. x rasa ke orang cakap macam tu sebab nak sedapkan hati je? kennn? ngeee. tapiii boleh x nak jadi forever 21?? dalam wonderland boleh lahh :P

birthday kali ni x berapa nak best sebab kena demam panehh. kena demam mase 23hb hari khamis, hari aku balik Ipoh dari Besut. & then lalu pulak highway timur-barat yang bersimpang siur macam ulaq kene palu. sape yang penah lalu situ tau la macam mane azabnye nak menahan kejap ke kiri kejap ke kanan. ayah aku pulak style bawak kete xnak kalah. style macam nak race kt F1. pantang dicabar oleh kete-kete yang stylenya nak race jugak kat atas gunung tu. makanya berlakulah race ala-ala F1 kat situ.

langsung x kesian kat aku yang demam & terbaring lesu kat seat paling belakang *nasib baik boleh baring!!* akibatnya sakit kepala & then buwekkk muntahh hijooo. disaster i tell u. mase tu rase nak je suruh mak aku bawak kete 40km sejam. T________T paneh badan usah cakap la. aku rasa boleh capai 40 degree celcius!

esoknya haa sambut lah befday kat klinik heh heh. nasib badan. tapi xpe, befday paling rare penah aku alami hihi :P 


dipaksa minum panadol soluble T__T
*aku paling benci panadol!


andddd ade orang janji nak beli casing ni untuk hadiah befdayyy ngeee



tapiiii sume kedai dah out of stock! grrrrr gewammm tawww. aku dah lar giler stitch. xpe xpe, ai akan menunggu hari yu nak kasi benda ni eh hehehe. janji mesti ditepati! hambik kan dah keluar slogan merdeka taun ni o.O

ohh and cerita raye aku akan update kendian. k thanks for reading! ;D



Tuesday, July 31, 2012

Being a teacher.

assalamualaikum.

wah lamenye x update belog ni. k k, setiap kali update pon mesti tulis benda yang sama ; lame x update, blog bersawang bla bla bla. so kita terus kepada main point entry ni ye.

being a teacher.

mesti ramai anggap jadi cikgu ni koje senang. balik awal, boleh jaga anak. cuti banyak, boleh p vacation sana sini, gaji pon not bad kan. hakikatnya, ramai yang xtau yang proses nak jadi cikgu ni teramatlah payah. xla sesusah nak jadi engineer and doctor tapi susah la jugak.

cuba korang fikir, ingat senang ke nak ajar anak orang jadi pandai menulis, membaca and mengira. bunyinya macam senang, tapi time nak apply tu masyaallah, not as easy as it sound. banyak sangat benda nak kene belajar sebelum nak buat aktiviti dalam kelas, dengan segala mak nenek teori yang kene hafal, learning approaches, KBSR and terbaru KSSR.

mesti korang xtau amenda lah KSSR tu. well, it's a new form of KBSR with new sets of approaches. kalau dulu kite sekolah rendah kite pakai KBSR kan. now darjah 1 and 2 dah pakai KSSR. and cara mengajar dalam KBSR and KSSR sangat lain. memang 2 benda yang berbeza la. for me, KSSR is more interesting sebab ade banyak songs and activities dalam syllabus die. for english la. subjek lain aku xtau.

so, aku agak bengang la sape2 yang pandang remeh kat budak-budak maktab ni. katanya maktab ni senang nak masuk la, keje paling senang la, makan gaji buta la blablabla.

contoh perbualan ;

si polan A : eh kau belajar mane sekarang? ambik kos ape?
si polan B : aku belajar kat maktab ambik TESL.
si polan A : maktab je?? oh xla susah cam aku yang ambik engineering blablabla.
si polan B : @#$%^&*


kenapa perlu cakap MAKTAB JE?? what do u mean by that? aku x faham kenapa ramai orang nak pandang rendah kat cikgu-cikgu pelatih ni. kitorang jugak yang akan ajar anak-anak korang supaya jadi manusia berguna. so, ape sebab nak pandang remeh? remember without teachers, u cannot be anything because no one's going to teach u. 

i think they should be in our shoes so that they could taste the gist of being a teacher. barulah dorang boleh tutup mulut and x cakap ikut sedap mulut je. 

tambah-tambah dengan perangai budak-budak zaman sekarang yang terlalu berani. sampai cikgu-cikgu pon takut nak ambik tindakan. takut bila angkat tangan sikit, mulalah parents cakap "see u in court!" kalau macam tu, baik x payah hantar anak pg sekolah kalau xnak anak dorang kene ambik tindakan. buat home-schooling je senang kan. 






sume nak tuding jari kat cikgu. zaman sekarang ni sume salah cikgu.



parents zaman sekarang ni memang terlalu manjakan anak. tu sebab anak-anak sume pijak kepala and berani nak lawan cikgu. 


ni cabaran bila nak jadi cikgu. let me tell u guys this quote,

“You never really understand a person until you consider things from his point of view... Until you climb inside of his skin and walk around in it.”  

(to kill a mockingbird)


pada mereka yang ingat nak jadi cikgu ni senang, try la duduk kat tempat kitorang and rasa ape yang kitorang rasa. sebelum nak jadi cikgu, kene belajar bertungkus lumus supaya nanti bila dah grad, dapat jadi cikgu favourite sume students. kene belajar how to make fun activities in class so that students will not get bored. kene apply theories semasa mengajar ie behaviourism, contructivism etc.

selepas jadi cikgu, kene berhadapan dengan guru besar, cikgu-cikgu yang dah lama berkhidmat and paling gerun kene berhadapan dengan students yang perangainya macam-macam.

seriously aku cakap, nak berhadapan dengan students la benda paling takot bila nak praktikum nanti. sebab kita x boleh expect ape yang akan jadi dalam kelas. kau dah buat lesson plan baikkk punye, memang A++ lah lesson plan kau. tapi, tiba-tiba x menjadi dek kerana perangai budak-budak yang x dijangka.

so, we teachers have to physically and mentally ready for class. & have to get ready for all the possibilities that might occur too. macam ade budak berak dalam seluar ke, budak-budak bergaduh, budak x pay attention mase kelas. fuhh! & cikgu jugak kene banyak-banyak la bersabar masa layan kerenah students. dapat yang panas baran habis laa. 



harapnya aku boleh la ajar students aku nanti jadi macam ni. baru lah seronok mengajar. 


ni bukan lah luahan hati . tapi just nak bagitau kat masyarakat di luar sana supaya jangan la pandang remeh cikgu-cikgu ni. ingatlah selain parents, cikgu la yang mengajar kita jadi pandai apa sume. kan? and jangan sebab satu cikgu yang buat masalah, sume dapat tempias. biasalah orang kita, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 


Wednesday, June 06, 2012

Weddings

assalamualaikum..

yeah, semalam dah selamat sampai ipoh from besut. seminggu jugak la duduk sane sebab nak attend kenduri kawen 2 orang sepupu aku. ye, 2 orang, laki and perempuan. elok pulak sehari sebelum kenduri tu, aku kene bengkak cantik or begok. orang sane kate bengkak keng. orang putih kate mumps. ha ambik, banyak betul translation aku bagi. kalu x paham lagi xtaw lah.

aku x penah kene begok ni and bile kene agak panic sikit la tapi still boleh chillax. heh. yang peliknye salu orang begok die betol bengkak kt rahang and membesau. aku ni bengkak kat tepi telinga sebijik and kat tengkuk sebiji. ade 2 bijik lah kiranya. besau jugak lah bijik2 nye. nak makan punye la sakit. sabau je lah. da la kenduri makan sedap2 T__T

and then boleh pulak effect kat mate, mate aku dah bengkak sebelah. ingatkan bese2 je. tengok2 sampai dok bengkak x surut-surut. then, pagi2 bangun xboleh bukak mate sebab mate dah melekat, abes segala tahi mate berkumpul satu tempat T__T naseb baik boleh hide dengan eye liner. oh, eye liner u are my savior .



nah muke basi aku. siyes basi kehkeh. fokus pade mateww itewww. 


aku ingatkan aku xda la peranan penting mase kenduri-kenduri ni berlangsung. x sangka tetibe terjadi mak andam. 3 hari berturut pulak tu. heh. 


first day. *majlis sambut menantu. wife kazen aku.


second day. *majlis nikah. ni kazen aku pulak. 


third day. *majlis sambut menantu. 


hihi, idak la nak cakap cantik gileee aku makeup. sikit-sikit boleh lah. 



very lite and simple makeup. 


peranan kedua, tetibe boleh pulak terjadi tukang pegang payung untuk pengantin. siyes tetibe. heh heh. mase ni untuk majlis sambut menantu kazen laki aku. 


heh heh 








ni sindrom terlebih excited.



kazens and anak sepupu.





k.na, kazen tersayang.

haaa tu lah die aku bila aku jadik bidan terjun, heh heh. 


bawah ni pulak majlis sanding untuk kazen pompuan aku kat kuala besut. 




inspired by Shea Rasol ;D



exotic juice. makcik aku yang kat belakang tu yang buat. sodap gilerrr.




mai potong kek pengantin. with mak, mak sedara, adik and cousins.



jeti kuala besut. outdoor photoshoot for pengantin. 




Monday, June 04, 2012

Sepet.



*my cousin's wedding 

kalo perasan mate tu kecik sebelah sebab bengkak cantik, heh 


Monday, May 28, 2012

Besut, Terengganu.

assalamualaikum..

yeah, sekarang saya berada di kampung halaman terchentaaa. di Besut, to be exact Kg. Denger, a few km from Jerteh. balik pon sebab 2 orang sepupu aku nikah. orang sini kate bekwoh. haaa, g bekwoh nok make gula. lamo doh x rase gula kawoh. nyum nyum. eh pelik pulak haku kechek. :P

tapi x banyak pon aktiviti yang nak dibuat selain tolong buat persiapan kawen. macam hias pelamin and bilik pengantin, duduk rumah goyang kaki, online update belog macam sekarang, ahah. teringin sangat nak pi pulau perhentian which is only a few km away from my kampung. i mean the jetty, yang pulau tu xtau la berapa minit nak sampai dari jeti heh.


jeti Kuala Besut


pulau perhentian.

source : google image

warghh, nak pegi sangat. ok, tunggu duet banyak baru pi naaa T__T  

for the kenduri nanti, aku nak pakai dress dengan kebaya nyonya sebab aku dapat inspiration dari shea rasol bile die pakai macam ni



gorgeous right?
credit to Shea Rasol 

i think she's very very creative sebab gandingkan kebaya nyonya and dress ni. kebaya tu jadi macam cardigan. very creative! i loike! i have the exact kebaya nyonya and slinky pleat dress from poplook. tapi lain colour la of course. so, nak try la pakai camni ;D


wait for my next entry!


Sunday, May 27, 2012

Bebas~

assalamualaikum..

hari khamis lepas, saya sudah bebas, saya bebas dari final exam, saye bebas dari segele-gelenye~

sape xtau line ni memang noob ;D

so yeah, i successfully finished my sem 3 final exam last thursday. it was soooo intense u know. bayangkan 3 papers straight and it was all tough. tough x tough aku berjaya jugak harungi walaupun banyak yang hentam. heeeee. sape x hentam jawapan dalam exam memang nampak beno nipunye. but i hope my pointer will increase this sem insyaallah :D

so, that thursday nite, me and my dear classmates went out for dinner at Hotmas, the most famous restaurant at SP. it was only 5 of us sebab kami je yang balik lambat. and ohh this was the first time aku balik lambat gileeee. tapi xpe, xda la rushing sangat nak balik. and boleh berjimba dengan rakan2 dolooo.




grilled chicken maryland. sedap gileeeee. 


muke kekenyangan. jadi kene wat muncung itik.



happy faces. dah kenyang kan.




 bella. pipah. azza :)



khalid, so gay -.-



after dinner, its time to pack my bags and kosongkan bilik. phew, penat tahu?? bayangkan barang aku yang penuh satu almari tu kene kosongkan sebab ade orang nak duduk waktu cuti ni. i think its so ridiculous because we live there for 2 1/2 years and yet we must clean up the room for the people who just live there for what? 2 weeks? pfftt --'



in progress. see how many bags i need to put all my clothes --'



stitch juga diabaikan.



sambil-sambil tu online jugak.




books and papers. letak dekat almari atas. 


cuti sem ni 3 minggu. ikut cuti sekolah tapi tambah seminggu. yela, mane cukup 2 minggu je bhaii. i've many plans to do this holiday. nak belajar lomography, nak baking, nak organise laptop, nak teman budak omey tu joging and swimming, nak buat treatment muka ikut petua, nak bla bla bla. mintak-mintak la haku rajin. idak la mengadap laptop je 24 jam. heuehue :P